EP.11 ANNE IDRIS PENGASAS MY MUMS BAKERY USAHAWAN CEKAL DAN KENTAL Anne idris adalah pengasas kepada My Mum’s Bakery yang diusahakan pada tahun 2006 sehingga kini. Setelah hampir 15 tahun di dalam perniagaan, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah beliau perolehi antaranya Anugerah usahawan TEKUN 2017, Business Ikon MARA & Perunding, Business Ikon MDEC, eusahawan, Business Ikon UNIFI, Ikon WISE MARA, Anugerah Ikon Usahawan Muda Nasional 2019, Mentor Program Wanita Cukup Berani, MAGGI 2020 dan pelbagai lagi. Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Anne Idris dan My Mum’s Bakery, anda boleh mendapatkannya melalui Instagram : mymumsbakery Isi Utama Bicara Ekspres kali ini menemubual seorang usahawan wanita muda yang telah melakar pelbagai kejayaan sehingga mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah. Tetapi, kejayaan ini bukanlah semudah yang diucapkan dan perlu melalui pelbagai pahit getir. Itulah perkongsian dari Anne Idris, Pengasas dan Pemilik jenama My Mum's Bakery yang ...
EP.10 INISIATIF DAN DIGITALISASI PERKHIDMATAN AFFINBANK UNTUK MENYOKONG PELANGGAN INDIVIDU DAN PKS SECARA HOLISTIK Ingin mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif dan bagaimana pihak AFFINBANK memberi perkhidmatan digitalisasi untuk menyokong pelanggan individu dan PKS secara holistik? Kali ini Bicara Ekspres yang dihoskan oleh DJ Arizal menemubual YBhg. En Nazri Othman, Pengarah Eksekutif, Perbankan Komuniti, Affin Bank Berhad untuk berkongsi pengalaman dan perkhidmatan digitalisasi yang disediakan oleh AFFINBANK. Isi Utama Episod Bicara Ekspres kali ini menampilkan tetamu, YBhg Encik Nazri Othman, Pengarah Eksekutif, Perbankan Komuniti, Affin Bank Berhad yang banyak berkongsi infomasi dan peranan Affin Bank yang sentiasa menaiktaraf melalui inisiatif dan digitalisasi untuk membantu pelanggan -pelanggan Affin Bank samada individu atau PKS secara holistik. En Nazri Othman yang mempunyai pengalaman lebih 28 tahun dalam industri perbankan telah berkhidmat di Affin Bank Berhad sejak ak...
EP.9 SERV MEMUDAHKAN PEMILIK KENDERAAN MELALUI TEKNOLOGI SERV Technology Sdn. Bhd. atau SERV yang diasaskan oleh Saudara Arief Imran memperkenalkan konsep Vehicle Super App : Platform teknologi berasaskan internet yang memberi tumpuan untuk memberikan pengalaman dalam pengurusan pemilikan kenderaan sehenti. Platform ini membolehkan pemilik kenderaan untuk mencari pelbagai perkhidmatan untuk kenderaan mereka termasuklah membuat pembayaran dan mengesan laporan kesihatan kenderaan secara digital. Isi Utama Kali ini, DJ Arizal menemubual Saudara Arief Imran yang merupakan Pengasas SERV yang ingin memudahkan lebih ramai pemilik kenderaan di negara ini menyimpan data mengenai kenderaan mereka di dalam aplikasi SERV. Melalui temubual ini, Saudara Arief Imran turut berkongsi pengalaman beliau dan pasukannya untuk membina dan mendidik masyarakat untuk berubah dari cara manual kepada teknologi internet bermula dari aspek pembaikan kenderaan, penyimpanan data kenderaan dan sebagainya agar semu...
EP.8 MISI GOLDEN HARVEST IND. SDN BHD MENARIK MINAT AFFINBANK UNTUK MEMBANTU Mengambil alih sebuah syarikat keluarga yang telah lama di pasaran bukanlah sesuatu yang mudah jika tiada kesungguhan dan matlamat untuk dituju. Begitulah perkongsian pengalaman dari Rakan Niaga AFFINBANK, Mr Law Chen Ann, Pengarah Urusan Golden Harvest Ind. Sdn. Bhd yang ditemubual oleh DJ Arizal, hos Bicara Ekspres. Isi Utama Episod kali ini menampilkan Mr Law Chen Ann, Pengarah Urusan Golden Harvest Ind. Sdn. Bhd. yang berkongsi pengalaman beliau menerajui sebuah syarikat yang diambil alih dari keluarganya. Perniagaan kecil di awal pengambilannya telah ditransformasi melalui teknologi dan penyelidikan ini kini telah diiktiraf oleh pelbagai pihak termasuklah di iktiraf “Best Innovasion-Plantinum Award” dari SOBA kerana berupaya memberi negara kita Malaysia 100% jaminan bekalan makanan negara. Mr Law Chen Ann juga adalah Ketua Pereka produk nutrisi Boosta Max & Savigo yang berteknologi tinggi untuk semua...
EP.7 TINJAUAN PASARAN DAN PELUANG UNTUK MENGEMBANGKAN KEWANGAN ANDA DENGAN AFFIN HWANG Ketika rakyat Malaysia menghadapi cabaran sepanjang pandemik COVID-19 ini, ramai yang terkesan terutama dari aspek pendapatan yang tidak menentu. Peluang-peluang untuk menjana dana bagi tujuan mengembangkan perniagaan setiasa dicari oleh para usahawan. Tetapi, ilmu pelaburan di pasaran saham juga penting untuk dipelajari agar mereka tidak mengalami kerugian akibat dari kecetekan ilmu pelaburan. Inilah masa untuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut melalui perkongsian dari beberapa pakar Affin Hwang Capital yang ditemubual oleh DJ Arizal di rancangan Bicara Ekspres. Isi Utama Bicara Ekspres kali ini menemubual beberapa pakar dari Affin Hwang Capital yang berkongsi ilmu-ilmu pelaburan saham untuk menjana pendapatan terutama dalam usaha mengembangkan perniagaan di saat ramai pengusaha yang agak terkesan dengan pandemik COVID-19 ini. Dimulai oleh Puan Mona Suraya Kamaruddin, Pengarah Ur...
Ep 221. MONEYMATCH SEMAKIN DIYAKINI DAN MENJADI PILIHAN PELANGGAN Bicara Ekspres kali ini menampilkan seorang anak muda yang menampilkan suatu bisnes yang sangat jarang diceburi oleh anak-anak muda iaitu berkaitan sektor kewangan. Isi Utama Episod kali ini, DJ Arizal menemubual Naysan Munusamy, Pengasas Bersama MoneyMatch yang berkongsi pengalaman dan cabaran beliau menjalankan satu cabang bisnes yang agak jarang diterokai oleh anak-anak muda iaitu berkaitan kewangan. Beliau turut berkongsi mengenai apa yang menyebabkan beliau dan rakan kongsinya menjalankan perniagaan yang agak mencabar ini. Fakta Menarik Kesimpulannya, MoneyMatch telah menjadi salah satu rakan niaga kepada ramai pelanggan yang menggunakan khidmat pemindahan wang di Malaysia dan turut di peringkat global kerana konsep yang sangat mesra pelanggan dan menjimatkan.
Ep 220. CABARAN USAHAWAN MUDA, AIZAT RAHIM MENERAJUI WORLDLINE CORPORATION Kali ini, Bicara Ekspres menampilkan seorang lagi usahawan muda yang mengambil alih dan meneruskan perniagaan dari ayahnya dan memastikan perniagaan tersebut berada dalam landasasn yang betul dan terus maju di bawah penerajuan beliau. Isi Utama Episod kali ini, DJ Arizal berkesempatan menembual usahawan muda, Aizat Rahim dari Worldline Corporation yang berkongsi pengalaman dan cabaran beliau yang mengambil alih sebuah syarikat yang telah berjaya dari ayahnya. Apa yang menariknya, usia perniagaan tersebut adalah 30 tahun iaitu sebaya dengan umur anak muda ini. Ini semestinya satu cabaran untuk beliau membuktikan kemampuannya dalam meneruskan legasi sebuah bisnes yang telah dibina dengan jayanya. Fakta Menarik Kesimpulannnya, walaupun bisnes tersebut telah berjaya dan bertapak lama di pasaran, namun ianya bukan mudah untuk usahawan ini, Aizat Rahum untuk terus mengekalkan kecemerlangannya dan memberikan suntika...
Ep 219. KONSEP JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN DIKONGSI PEMILIK MAMA'S DELIGHT Pada episod Bicara Ekspres kali ini, menampilkan usahawan yang menjadikan berkongsi pengalaman dan minat beliau dan menjadikan pengalaman itu satu cabang bisnes yang berjaya. Kesungguhan, pengalaman dan kemahiran telah digabungkan untuk mejadikan bisnesnya lebih berdaya maju. Isi Utama Kali ini, DJ Arizal menemubual usahawan dan juga Chef Iskandar b Ishak, Pengasas dan Pemilik Mama’s Delights yang berkongsi pengalaman melancong ke negara luar, pengetahuan ilmu dalam bidang kulinasi dan minat beliau dalam mengadaptasikan kepada bidang perniagaan yang sangat mencabar tetapi sangat diminati oleh beliau. Sepanjang temubual ini, beliau turut berkongsi bahawa ini adalah salah satu cara beliau untuk berkongsi dengan masyarakat mengenai citarasa makanan tradisi Melayu dan Malaysia. Fakta Menarik Kesimpulannya, jika ada minat yang mendalam digarap bersama ilmu pengetahuan mampu menjadikan seseorang usahawan itu ...
EP.6 PERNIAGAAN 'START-UP' MAMPU BERSAING DAN BERJAYA JIKA ADA KESUNGGUHAN PhysioMobile yang diusahakan dua anak muda lulusan UIA iaitu Mohd Nidzam Yatimidan Mohd Saiful telah beroperasi sejak 2016 memfokuskan rawatan fisioterapi terus ke rumah dan turut beroperasi di 6 pusat klinik PysioMobile. Mereka juga memberi khidmat kepada syarikat korporat, servis konsultasi, ceramah pencegahan untuk gangguan sakit belakang, menyediakan rehab secara komprehensif dan intensif kepada pesakit bermasalah neurologi, kecederaan sukan, pediatrik, geriatrik dan telah menjalani pembedahan. Bersadarkan kekuatan 40 Ahli Fisioterapi, PysioMobile telah mendapat pengiktirafan 4 star rating untuk SME SCORE dari SME CORP Malaysia dan dalam fasa mengembangkan bisnes ke arah francais. Isi Utama Kali ini, Bicara Ekspress membawakan perniagaan 'start-up', Pysiomobile yang diusahakan oleh dua anak muda, Mohd Nizam dan Mohd Saiful. Walaupun perniagaan ini baru bertapak sekitar 4 tahun, namun kejayaan mereka menge...
EP.5 OXWHITE MEMBUKTIKAN PERNIAGAAN START-UP BOLEH PERGI JAUH Sebagai sebuah perniagaan start-up, Synergy Four Sdn Bhd yang diasaskan oleh Mr CK Chang sentiasa pro aktif dalam memastikan produk pakaian syarikatnya dengan jenama OxWhite mendapat perhatian di kalangan pengguna di Malaysia Isi Utama Bicara Ekspres yang dimajukan oleh AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC Bank kali ini menampilkan seorang usahawan, Mr CK Chang yang merupakan CEO dan Pengasas kepada produk pakaian OxWhite yang berkongsi pengalaman dan cabaran beliau ketika mula-mula menceburi bidang bisnes ini. Apa yang menariknya, beliau yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pakaian berjaya menarik ramai pelanggan dalam tempoh yang singkat dan seterusnya jenama OxWhite dikenali di Malaysia. Malah, kualiti pakaian OxWhite juga mendapat banyak pujian dan ianya telah memberikan satu persepsi bahawa dengan ketekunan dan keyakinan serta kesungguhan akan membuahkan hasil yang baik walaupun ianya masih dikategorikan sebagai bisne...