HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

  • 概覽
  • 聲音
概覽
himalaya
78 聲音
Podcast “HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA” adalah dorongan penggembalaan disampaikan dalam Ibadah Keluarga sebagai pemangkin perbualan dan pertumbuhan kerohanian. Ini merupakan ajakan dari Ibrani 4:16 - “marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya”."AT THE THRONE OF GRACE" – Hebrews 4:16; are Pastoral care messages for Family Gatherings; a podcast in the Malay Language, Indonesia and Malaysia.
查看更多
聲音
78聲音

"Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru: yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang." 2 Koristus 5:17, ITB. [Rangka Perkongsian] Kita memiliki satu perhubungan yang baru dengan Allah. Kita memiliki satu kewargaan yang baru. Kita memiliki satu keluarga yang baru. Penutup: "Kamu telah menerima Kristus Yesus, Tuhan kita. Karena itu hendaklah hidupmu tetap di dalam Dia. Hendaklah kamu berakar di dalam Dia dan dibangun di atas Dia, hendaklah kamu bertambah teguh dalam iman yang telah diajarkan kepadamu, dan hendaklah hatimu melimpah dengan syukur." Kolose 2:6-7, ITB. Shalom. Lydia. [Firman Tuhan dikongsikan dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 06 Februari 2022, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Gordon Pirak. Perjamuan Tuhan diadakan dalam kebaktian ini. Nota: Kebaktian telah disiar secara langsung melalui facebook Gereja Lutong Baru Miri.] --- Send in a voice message: https://anchor.fm/lydia341/message

Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 30 January 2022, 8.30am. Pr Welidi Usat. [Rangka Perkongsian.] Tunggungjawab Orang Percaya. 1 Peterus 4:7-11. 1) Tanggungjawab terhadap diri, ayat 7. a. mengguasai diri b. tenanglah c. berdoa 2) Tanggungjawab terhadap orang lain , ayat 8 -9. a. Mengasihi satu sama lain b. Membantu tanpa bersunggut 3) Tanggungjawab terhadap Tuhan, ayat 10-11. Apakah tanggungjawab kita terhadap Tuhan? Kalau kita berbicara, baiklah kita berbicara seperti menyampai Firman Tuhan. Shalom. Lydia. [Firman Tuhan dikongsikan Pr Welidi Usat dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 30 Januari 2022, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Desmond Jok Ipui. Nota: Kebaktian telah disiar secara langsung melalui facebook Gereja Lutong Baru Miri.] --- Send in a voice message: https://anchor.fm/lydia341/message

Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 23 January 2022, 8.30am. Pr Usun Anyie Ngau. [Rangka Perkongsian.] “Bahwasanya Aku, TUHAN, tidak berubah…”, Maleakhi 3:6. Apa ertinya Allah tidak berubah? A. Keberadaan Allah tidak berubah. Mazmur 102:25-27. B. Karakter dan kasih Allah tidak berubah. Bilangan 23:19, Mazmur 103:17, Yeremia 31:3. C. Rencana dan tujuan Allah tidak berubah. Amsal 19:21, Mazmur 33:10-11, Yesaya 14:24. D. Firman dan janji-janji Allah tidak berubah. Yesaya 40:8. Sifat Tuhan yang tidak berubah adalah sumber penghiburan kepada orang-orang percaya kerana kita boleh bergantung kepada-Nya untuk menepati janji-janji-Nya. Dia ada untuk kita apabila kita memerlukan-Nya. Kerana Allah tidak berubah, 1. Kita percaya kesetiaan-Nya untuk memenuhi janji-janji-Nya dan melaksanakan rancangan-Nya. 2. Kita ada penghiburan dalam penderitaan kita dan dalam keselamatan kita. 3. Kita boleh hidup dengan penuh keyakinan. Tuhan sedang memerintah dan berdaulat di dunia ini. Kesimpulan / Penutup. Firman Tuhan mengatakan bahawa Allah adalah “kubu pertahanan” kita. Itulah keyakinan kita dalam kita hidup bersama-Nya sebagai dasar kita dan perlindung bagi kita setiap hari. Apabila kita takut dan khuatir, marilah kita ingat bahawa Allah kita tidak berubah; maka, kita sentiasa aman di dalam Dia. Apabila dunia berputar di sekeliling kita dengan begitu banyak ketidakpastian dan perubahan, Tuhan tetap sama. Tidak kira apapun perubahan dalam hidup, tidak kira apapun keadaan disekeliling kita berubah, ketahuilah bahawa Tuhan tidak akan pernah berubah. Dengan memahami, menghayati dan mengimani siapa Tuhan bagi hidup kita, maka seharusnya orang-orang yang percaya itu adalah orang yang paling tenang menghadapi hidup ini. Kerana mereka punya Tuhan yang berkuasa, Tuhan Pemelihara, Tuhan yang Setia pada janji-janji-Nya dan Tuhan yang mengasihi. Seharusnya iman kita tidak boleh goyah hanya kerana rupa-rupa masalah kehidupan, kerana kita punya Tuhan yang lebih berkuasa dan kasih-Nya lebih besar dari masalah-masalah hidup kita. Iman menenteramkan jiwa kita, kasih Tuhan mendamaikan hati kita dan janji-janji-Nya menguatkan hidup kita. Kerana Tuhan tidak berubah kita boleh menjadi tenang apabila segala-galanya di sekeliling kita berubah. Tuhan bekerja dalam perubahan kita untuk menggerakkan kita ke hadapan. Dalam setiap perubahan kita boleh yakin Tuhan merancang untuk kebaikan kita, mendekatkan kita kepada-Nya. Allah yang kekal dan tidak akan berubah selamanya! Kita manusia, keadaan, dan apa pun dalam dunia ini dapat dan akan berubah, kecuali Allah kita! Mari kita jalani hari kita dengan mata yang tertuju kepada Allah kita yang kekal, Allah yang tidak pernah berubah kelmarin, hari ini dan selamanya. Amen! [Firman Tuhan dikongsikan Pr Usun Anyie dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 23 Januari 2022, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Angela Mancha. Nota: Kebaktian telah disiar secara langsung melalui facebook BEM Lutong Baru.] --- Send in a voice message: https://anchor.fm/lydia341/message

Persekutuan Doa. 18 Januari 2022, Selasa, 8.00PM. BEM Lutong Baru BM. Pembacaan: Mazmur 121, ITB. “1 Nyanyian ziarah. Aku melayangkan mataku ke gunung-gunung; dari manakah akan datang pertolonganku? 2 Pertolonganku ialah dari TUHAN, yang menjadikan langit dan bumi. 3 Ia takkan membiarkan kakimu goyah, Penjagamu tidak akan terlelap. 4 Sesungguhnya tidak terlelap dan tidak tertidur Penjaga Israel. 5 TUHAN-lah Penjagamu, TUHAN-lah naunganmu di sebelah tangan kananmu. 6 Matahari tidak menyakiti engkau pada waktu siang, atau bulan pada waktu malam. 7 TUHAN akan menjaga engkau terhadap segala kecelakaan; Ia akan menjaga nyawamu. 8 TUHAN akan menjaga keluar masukmu, dari sekarang sampai selama-lamanya.” Shalom. Lydia. [Persekutuan Doa dipimpin (1) Saudari Julian Lakai - Pujian Penyembahan & (2) Saudara Michael Engan - Renungan & Perkara Doa.] --- Send in a voice message: https://anchor.fm/lydia341/message

Mesej Dorongan Tahun 2022. Guest: Pr Dicken Padan. Tema: Fokus Pada Yesus. Ibrani 12:2. "Karena kita mempunyai banyak saksi, bagaikan awan yang mengelilingi kita, marilah kita menanggalkan semua beban dan dosa yang begitu merintangi kita, dan berlomba dengan tekun dalam perlombaan yang diwajibkan bagi kita. Marilah kita melakukannya dengan mata yang tertuju kepada Yesus, yang memimpin kita dalam iman, dan yang membawa iman kita itu kepada kesempurnaan, yang dengan mengabaikan kehinaan tekun memikul salib ganti sukacita yang disediakan bagi Dia, yang sekarang duduk di sebelah kanan takhta Allah. Ingatlah selalu akan Dia, yang tekun menanggung bantahan yang sehebat itu terhadap diri-Nya dari pihak orang-orang berdosa, supaya jangan kamu menjadi lemah dan putus asa." Ibrani 12:1-3, ITB. Dorongan: Dorongan agar "kita tetap fokus kepada Yesus, sebab Dia adalah segala-galanya bagi kita. Dia adalah keselamatan kita. Dia adalah penopang kita. Dia adalah pengantara dan pembela kita di hadapan Allah Bapa yang di syurga. Walau apapun, walau bagaimanapun cabaran yang kita hadapi di hari-hari yang akan datang, di dalam Tahun 2022, marilah kita tetap fokus kepada Yesus, sebab dari Dia-lah kita mendapat pertolongan." ___ Tuhan memberkati semua. Shalom. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 09 Januari 2022, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Alvin Anthony & Keluarga.] --- Send in a voice message: https://anchor.fm/lydia341/message

Kebaktian Tahun Baru 2022. "Bukankah telah Ku-perintahkan kepadamu: kuatkan dan teguhkanlah hatimu? Janganlah kecut dan tawar hati, sebab TUHAN, Allah-mu, menyertai engkau, ke mana pun engkau pergi.” Yosua 1:9, ITB. Tuhan memberkati semua. Shalom. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 02 Januari 2022, 8.30 am (Kebaktian Tahun Baru). Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Desmond Jok & Keluarga.] --- Send in a voice message: https://anchor.fm/lydia341/message

Kebaktian PraKrismas 2021. Guest: Pr Machya Magdalene Bala. Tema: Yesus Juruselamat Kita. Lukas 2:8-11. "Lalu kata malaikat itu kepada mereka: 'Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kesukaan besar untuk seluruh bangsa: Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, yaitu Kristus, Tuhan, di kota Daud." Lukas 2:10-11, ITB. Rumusan Perkongsian: "Erti Natal adalah kita menjemput, menerima, mengundang, Tuhan Yesus di dalam hati kita, di dalam keluarga kita, di dalam jemaat kita; dan kita hidup kudus, berkenan di hadapan Tuhan. Itulah ertinya Natal, iaitu, Tuhan Yesus datang untuk menyelamatkan kita dari kematian secara rohani supaya kita mendapat kehidupan yang kekal untuk selama-lamanya." ___ Tuhan memberkati semua. Shalom. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 19 Disember 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Alvin Anthony & Keluarga.] --- Send in a voice message: https://anchor.fm/lydia341/message

Shalom! Terima kasih kerana hadir untuk bersama-sama beribadah dalam Kebaktian Ahad pagi ini. Dalam pertemuan kita pagi ini, saya membawa kita untuk menghayati Galatia 1:1-7, petikan dari surat Rasul Paulus kepada jemaat-jemaat Tuhan di Galatia. Tajuk perbualan kita adalah, “Damai Sejahtera Dalam Kasih Karunia Tuhan.” Galatia 1:1-7, ITB: 1 Dari Paulus, seorang rasul, bukan karena manusia, juga bukan oleh seorang manusia, melainkan oleh Yesus Kristus dan Allah, Bapa, yang telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, 2dan dari semua saudara yang ada bersama-sama dengan aku, kepada jemaat-jemaat di Galatia: 3 kasih karunia menyertai kamu dan damai sejahtera dari Allah, Bapa kita, dan dari Tuhan Yesus Kristus, 4 yang telah menyerahkan diri-Nya karena dosa-dosa kita, untuk melepaskan kita dari dunia jahat yang sekarang ini, menurut kehendak Allah dan Bapa kita. 5 Bagi-Nyalah kemuliaan selama-lamanya! Amin. 6 Aku heran, bahwa kamu begitu lekas berbalik dari pada Dia, yang oleh kasih karunia Kristus telah telah memanggil kamu, dan mengikuti suatu injil lain, 7 yang sebenarnya bukan Injil. Hanya ada orang yang mengacaukan kamu dan yang bermaksud untuk memutarbalikkan Injil Kristus. Dari teks pembacaan kita, saya membawa kita untuk melihat dua perkara untuk menghayati tajuk perbualan kita, “Damai Sejahtera Dalam Kasih Karunia Tuhan.” (1) Pengorbanan Tuhan Yesus Kristus adalah lengkap dan sempurna. (2) Keselamatan kita adalah kehendak Allah. Rumusan & Kesimpulan: Keselamatan kita adalah kerana kasih karunia Allah. Kasih karunia itu diperlihatkan dalam kematian Tuhan Yesus Kristus di kayu salib. Pengorbanan Tuhan Yesus Kristus memperdamaikan kita dengan Allah. Pengorbanan Tuhan Yesus Kristus yang mati di kayu salib untuk dosa-dosa kita adalah sempurna dan lengkap untuk menyelamatkan kita dari zaman yang jahat ini. Keselamatan kita adalah kehendak Allah dan bagi kemuliaan-Nya. Surat Galatia adalah teguran Rasul Paulus bagi jemaat-jemaat Galatia. Pada mulanya mereka mempercayai bahawa keselamatan mereka adalah kerana kasih karunia Allah semata-mata. Tetapi, mereka telah terpengaruh oleh ajaran-ajaran lain yang mengelirukan mereka sehingga mereka meragui bahawa mereka diselamat hanya kerana kasih karunia Allah. Itulah sebab Rasul Paulus meneruskan suratnya seperti ini: “6 Aku heran, bahwa kamu begitu lekas berbalik dari pada Dia, yang oleh kasih karunia Kristus telah telah memanggil kamu, dan mengikuti suatu injil lain, 7 yang sebenarnya bukan Injil. Hanya ada orang yang mengacaukan kamu dan yang bermaksud untuk memutarbalikkan Injil Kristus.” Doa saya adalah agar kita mengharungi perjalanan hidup kita sekarang dengan yakin bahawa keselamatan kita terletak dalam kasih karunia Allah. Jalanilah hidup ini dengan tenang dalam kasih karunia Tuhan. “Damai Sejahtera Dalam Kasih Karunia Tuhan.” Tuhan memberkati semua. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 15 August 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Hunyang Garong & Keluarga.] --- Send in a voice message: https://anchor.fm/lydia341/message

Shalom! Dalam pertemuan kita pagi ini, saya membawa kita untuk menghayati satu soalan, “Bagaimana Saya Menjadi Seorang Kristian?” Harapan dan doa saya, adalah agar setiap kita, dapat berbual dengan jujur dan yakin akan kepercayaan kita secara peribadi. Mengetahui kenapa kita menggelar diri kita sebagai seorang Kristian, memboleh kita untuk berbual dengan jujur dengan sesiapa seandainya kita ditanya. Mengenal siapa diri kita sebagai seorang Kristian menjadi kita rendah hati dan dapat menghormati kepercayaan-kepercayaan orang lain yang berbeda dari kita. Sebagai seorang Kristian yang menghormati kepercayaan orang lain yang berbeda dari kita, memboleh kita untuk bertukar-tukar fikiran tanpa perlu berdebat atau merasa tercabar. Siapakah orang Kristian itu? Jawapan ringkas adalah, “seorang Kristian adalah seorang pengikut Tuhan Yesus Kristus.” Dia memperakui dan menerima Tuhan Jesus Kristus sebagai, Tuhan, Raja dan Juruselamat. ... “Tuan-tuan, apakah yang harus aku perbuat, supaya a...

Shalom! Selamat beribadah, di mana pun anda berada. Terima kasih kerana hadir untuk bersama-sama beribadah dalam Kebaktian Ahad pagi ini. Kita menghadapi musuh yang berusaha keras untuk merosak segala-gala yang baik dan merampas kedamaian kita. Setan mahu merosak kehidupan kita, keluarga kita, harapan kita. Dia mahu merosak hubungan kita dengan Tuhan. Tetapi di dalam peperangan rohani yang kita hadapi, kita diyakinkan oleh Firman Tuhan bahawa, kita kuat di dalam Tuhan. Kita kuat di dalam kekuatan kuasa Tuhan. Tuhan-lah yang memiliki kuasa untuk memberi kita kemenangan dalam setiap yang kita hadapi bagi kemuliaan-Nya. Saya membawa kita untuk membaca dan merenung sekali lagi Efesus 6:10-20. Kita akan menghayati dan fokus atas ayat 15. Tema perbualan kita adalah, “Berdiri Tegap Dalam Injil Damai Sejahtera”. Efesus 6:14-15, ITB; “Jadi berdirilah tegap, berikatpinggangkan kebenaran dan berbajuzirahkan keadilan, kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera.” Bahawa Tuhan mahu memberi kita kemenangan, merupakan Injil damai sejahtera itu. Injil atau Berita Baik yang memberi kita damai sejahtera adalah bahawa Tuhan Yesus, Raja Damai telah lahir kedalam dunia untuk memberikan kita damai sejahtera, walaupun kita sedang dalam menghadapi keadaan yang sukar dan mencabar dalam hidup di dunia ini, (Lukas 2:10, Matius 1:21). Allah adalah sumber Damai Sejahtera kita. Ini yang membuat kita kuat di dalam kekuatan Tuhan. Kita menang di dalam Tuhan. Maka, “kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera”, merupakan keberadaan kita di dalam Tuhan. Rasul Paulus di Efesus 6:15, “kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera”, sedang mendasari nasihatnya di atas Firman Tuhan yang dia kenal dan di atas Kristus yang telah memperkenal Diri-Nya kepada Paulus dan telah menjadi Penyelamatnya. Firman Tuhan di Yesaya 52:7, “Alangkah indahnya di atas gunung-gunung melihat kaki mereka yang membawa berita baik, yang mengkhabarkan kedamaian, yang membawa khabar kesukaan, yang mengkhabarkan penyelamatan, yang berkata kepada Sion, "Allah-mu bertakhta!" (AVB). Berita baik atau Injil damai sejahtera itu adalah bahawa "Allah bertakhta", bahawa “Allah Raja” (ITB). Berita baik, adalah Allah bertakhta dan Dia akan menyelamatkan umat-Nya dari dosa mereka (Matius 1:21). Itulah Injil. Itulah Injil damai sejahtera. Firman Tuhan, Berita Baik ini, bukan sesuatu yang berkemungkinan, yang ragu-ragu. Ia bukan sesuatu yang mungkin jadi atau tidak jadi. Berita baik adalah pengisytiharan bahawa Allah semesta alam memerintah dan bertakhta ketika ini dan menjalankan kehendak-Nya untuk menebus dan menyelamat umat-Nya. Jadi, pada hari ini, sekiranya anda berada di dalam Yesus Kristus, itu adalah berita baik. Berada di dalam Kristus adalah berita baik yang memberi kekuatan kepada anda dan saya melalui apa pun penderitaan atau cobaan yang kita hadapi. Inilah berita yang kita akui dan isytiharkan. Kita selamat di dalam Tuhan Yesus Kristus. Yohanes 14:27, “Damai sejahtera Ku-tinggalkan bagimu. Damai sejahtera-Ku Ku-berikan kepadamu, dan apa yang Ku-berikan tidak seperti yang diberikan oleh dunia kepadamu. Janganlah gelisah dan gentar hatimu.” Umat Tuhan yang dikasihi, Tuhan memberkati semua. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 04 July 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Paya Wan & Keluarga.] --- Send in a voice message: https://anchor.fm/lydia341/message

123...8
常見問題
  • Himalaya 是什麼?
    喜馬拉雅國際版,Himalaya 是一款有聲書 App,旨在為全球華人的終身學習提供隨時、隨地、隨心的全新聽書體驗。成為會員,即可以暢聽站內 100,000+ 海量會員內容。
  • Himalaya VIP 有什麼權益?
    你僅需花費每日低至 0.16 美金,就可以立即暢聽 100,000+ 全球銷量超百萬的暢銷有聲書,每週聽一本爆款新書,還有更多預售新書等著你!另可獲得每月 5 張免費體驗卡贈親友的福利,等同於贈送 1 張年卡的價值。
  • 我怎麼享受免費試用?
    現在訂閱 Himalaya VIP 即可享受至少 7 天的免費試用! 免費試用期內,無需付費即可免費暢聽會員包中的全部內容,包含 100,000+ 全球銷量超百萬的暢銷有聲書,和世界名校教授的原聲英文課程。
  • 我該怎麼使用優惠碼?
    在 Himalaya 首⻚選擇「開啟免費體驗」註冊完成之後, 輸入「優惠碼」選擇申請,支付成功後即可開啟 Himalaya VIP 內容免費暢聽權益!
  • 可以在哪收聽?
    Himalaya 提供你隨時隨地想听就听的服務, 可以下載 Himalaya APP 使用手機享受服務,同時也支持網頁版登陸在電腦上享受暢聽服務。
  • Himalaya VIP 的價格是多少?
    Himalaya VIP 採用連續訂閱的模式,按月訂閱價格為 $11.99/月;按年訂閱價格為 $59.99/年。每天僅需 0.16 美元,讓耳朵隨時隨地步入擁有 100,000+ 書籍你的專屬圖書館。
  • 我不想訂閱了,要如何取消?
    通過網頁端訂閱如何取消?
    你可以 點擊這裡 取消訂閱。 在試用期內取消訂閱,則不會自動續費;如果你已經成功續費後取消訂閱,則下個扣款週期不會自動續費。
    通過手機端訂閱如何取消?
    你可以在iTunes/Apple或Google Play設定中取消訂閱。在試用期到期前48小時取消訂閱,則不會自動續費;如果你已經成功續費後取消訂閱,則下個扣款週期不會自動續費。你可以通過以下連結找到如何取消訂閱的詳細資訊:Apple Store取消訂閱方法  Google Play取消訂閱方法

與Himalaya一起

每天15分鐘
在碎片的時間裡,學習一個知識點;通勤時、家務時、運動時,隨時隨地暢聽
每週1本新書
優選最新最熱暢銷書,資深編輯精心挑選榜單佳作,只聽有價值的好書
每年10大系列
商業財經、歷史文化、親子育兒,同系列好書好課一網打盡,帶你深入探究一個主題
app store
google play